Vietnam alu-alukan pelancong asing pertama dalam 20 bulan

Vietnam alu-alukan pelancong asing pertama dalam 20 bulan
Seorang wanita bergambar dengan rakan-rakan di depan Gua Mua di wilayah Ninh Binh, Vietnam. – Foto AFP

 

Vietnam alu-alukan pelancong asing pertama dalam 20 bulan

HANOI: Pelancong antarabangsa tiba di Vietnam selepas hampir 20 bulan negara Asia Tenggara itu menutup sempadannya untuk membendung COVID-19.

Dua penerbangan sewa membawa lebih 400 penumpang Korea Selatan dan Jepun yang lengkap divaksin dari Seoul dan Tokyo ke bandar peranginan selatan Nha Trang yang terkenal dengan golf, pantai dan penyelam skuba serta hotel mewah.

Penerbangan itu dibuat menjelang rancangan Vietnam untuk membuka semula pulau peranginan Phu Quoc kepada pelancong asing pada 20 November dengan harapan untuk mengalu-alukan sekurang-kurangnya 5,000 pelancong dalam beberapa bulan akan datang.

Negara komunis itu terdesak untuk memulihkan ekonominya yang terjejas teruk selepas sempadannya ditutup kepada pelawat antarabangsa sejak Mac tahun lalu dan hampir tiada penerbangan komersial memasuki negara itu.

Vietnam dipuji kerana pengendaliannya terhadap wabak tahun lalu dengan hanya berpuluh-puluh kes COVID-19 dilaporkan.

Namun, mulai April lalu, varian Delta yang sangat mudah menular ditemui.

Vietnam sejak itu mencatatkan lebih sejuta jangkitan dan hampir 23,000 kematian, ketika ia berebut untuk mendapatkan vaksin yang mencukupi untuk 100 juta penduduknya.

Setakat ini, kira-kira 32 peratus orang telah diberi vaksin sepenuhnya. – AFP

Vietnam alu-alukan pelancong asing pertama dalam 20 bulan


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker