IZREEN AZMINDA DEDAH WAJAH ANAK KETIGA, ALI IDRESS

IZREEN AZMINDA DEDAH WAJAH ANAK KETIGA, ALI IDRESS

IZREEN AZMINDA DEDAH WAJAH ANAK KETIGA, ALI IDRESS

“Salam jumaat buat semua dari saya. ALI IDREES MUHAMMAD RADZI (penangan SAFFRON + NESCAFE (ingat keluar gulap gelita),” itulah tulis pelakon Izreen Azminda menerusi hantaran terkini di laman Instagram, dimana dia telah pun berkongsi wajah penuh anak ketiganya yang dilahirkan pada 20 September lalu itu.

Dikesempatan itu juga, pelakon filem ‘Pecah’ ini turut memaklumkan dia dan suami yang juga merupakan pemuzik, Ude Wahid telah pun bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Ali Idrees. Foto-foto yang dikongsikan itu nyata menzahirkan rasa teruja di hari para peminat.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji wajah comel bayi tersebut selain turut mendoakan semoga Ali Idrees membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk hati ayah dan ibu.



Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah pun mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini mencecah usia 2 tahun.

Sebelum ini, Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza pada 2012 sebelum memutuskan untuk bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan tersebut, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhamad Adrian Umar, 5.

IZREEN AZMINDA DEDAH WAJAH ANAK KETIGA, ALI IDRESS


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker