JOEY BPR LEBIH RELA MAKAN UBAT BERBANDING RAWATAN

JOEY BPR LEBIH RELA MAKAN UBAT BERBANDING RAWATAN

JOEY BPR LEBIH RELA MAKAN UBAT BERBANDING RAWATAN – PERLU RM1,000 SEBULAN

“Orang selalu tanya, apa khabar abang Joey? Inilah jawapan aku, 10 biji, sekali telan, tiga kali sehari. Ada sebiji itu, RM300 sebotol. Nanti bila kamu sudah berumur, kamu tahulah. Nak dekat RM1,000 sebulan, ubat sahaja.

“Sebenarnya saya pergi Hospital Ampang untuk buat pemeriksaan. Saya ingatkan saya sakit pinggang. Tapi, dari ujian air kencing, doktor kata kena batu karang sebab ada darah. Mungkin ada kebocoran. Ada batu karang, tapi darah belum jatuh ke salur kencing.

“Doktor buat imbasan sinar X dan lain-lain lagi,” kata Joey atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi, 58, yang memaklumkan, dia lebih rela makan ubat berbanding sekali rawatan yang memerlukan kos RM16,000.

Menurut Joey, dia kemudian dinasihatkan ke sebuah hospital swasta untuk proses pengimbasan dimensi (Scanning) pula. Joey berkata, kandungan gula dalam badannya okey, namun kadar asid urik agak tinggi melebihi carta. Bacaan darah tinggi pula melebihi 180 lebih membuatkan doktor mahu menahannya di wad.

“Di situ saya kena bayar kos RM2,000. Keputusan dari proses ini, doktor kata saya disyaki menghidap kanser prostat. Doktor kata kena buat ujian imbasan tomografi berkomputer atau CT Scan susulan dengan anggaran kos RM8,000.


Disyorkan Untuk Anda :


“Kemudian pengimbasan dimensi 3D (3D Scan) RM16,000. Saya cakap pada isteri yang saya tiada duit sebanyak itu dan pilih untuk berubat cara tradisional dan ubat biasa sahaja. Saya tetap pilih untuk makan ubat. Sekarang ini saya cuma makan ubat-ubatan sebab tak mampu buat rawatan.

“Ubat yang saya beli terdiri daripada ubat darah tinggi, pecah batu karang, ubat prostat, cairkan darah, ubat kolestrol dan asid urik. Ada ubat Kementerian Kesihatan Malaysia dan ada juga yang kena beli dari farmasi. Sekali-sekala saya buat rawatan tapis darah. Ia untuk melegakan pening kepala yang teramat. Ini pun kosnya hampir seribu,” jelasnya.

“Walaupun perit, Joey mengakui berusaha keras mencari wang untuk tujuan ini: “Saya gunakan duit yang dikumpul hasil jualan minyak wangi dan t-shirt BPR. Selepas ini saya nak jual CD BPR pula. Untuk persembahan tahun baharu pun sudah ada pihak yang bertanya.

“Ada juga sikit pendapatan. Kita kena selalu siap sedia. Saya terpaksa buat macam ini sebab nak elak dari rawatan kos berpuluh ribu. Saya pun tak nak kanser naik sampai tahap empat, baru nak berubat,” katanya.

JOEY BPR LEBIH RELA MAKAN UBAT BERBANDING RAWATAN


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker