Kedah, JDT buntu di Darul Aman

Kedah, JDT buntu di Darul Aman
Penyerang JDT, Bergson Gustavo Silveira Da Silva (kanan) diasak pertahanan Kedah, Rodney Celvin Akwensivie (tengah) pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, malam tadi. Keputusan berakhir 0-0. – Foto BERNAMA.

Kedah, JDT buntu di Darul Aman

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila terikat 0-0 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, di sini, malam tadi.

Keputusan berkenaan sekali gus meletakkan skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak berdepan tugas berat apabila turun ke Stadium Sultan Ibrahim pada Khamis ini bagi aksi timbal balik peringkat suku akhir kedua.

Dalam perlawanan malam tadi, JDT lebih dahulu memulakan serangan bahaya ke atas kubu Kedah pada minit ke-19 dengan cubaan pemain pertahanan, Mauricio Dos Santos hampir menerjah gawang.

Kedah cuba bangkit selepas itu dengan asakan dari sayap kanan, namun gerakan yang dihasilkan pemain tengah Fadzrul Danel menerusi larian pantas dan mencemaskan, berjaya dipatahkan pertahanan JDT.

Apabila babak kedua disambung semula, kedua-dua pasukan kelihatan berhati-hati, namun tuan rumah cuba melakukan beberapa cubaan untuk membolosi gawang pelawat. Bagaimanapun tetap buntu,

JDT juga cuba meningkatkan serangan selepas itu, namun tetap gagal. Keputusan kekal 0-0 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kedah, JDT buntu di Darul Aman


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker