Kelebihan milik JDT – Mora

Kelebihan milik JDT - Mora
Pemain JDT, La’vere Lawrence Corbin-Ong diasak pemain Kedah, Mohd Rizal Mohd Ghazali pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, malam tadi. – BERNAMA

Kelebihan milik JDT – Mora

ALOR SETAR: Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora menganggap peluang kini memihak skuad kendaliannya selepas terikat tanpa jaringan menentang Kedah Darul Aman (KDA) malam tadi.

Menurutnya, kelebihan beraksi di laman sendiri pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Khamis ini pasti akan dimanfaatkan Harimau Selatan

“Kelebihan kini berpihak kepada kami kerana kami akan beraksi di laman sendiri selepas ini.



“Kami mahu pulang untuk merancang perlawanan seterusnya dan kami akan berusaha untuk memastikan kemenangan di tempat kami.

“Mungkin kami akan risau jika kami dibolosi di tempat lawan tetapi dengan kedudukan 0-0 kami hanya perlu mencari kemenangan 1-0 atau jika Kedah boleh mendapat satu gol, kami perlukan dua gol untuk mengatasi mereka, itu saja.” katanya.

Menyentuh mengenai perlawanan itu, Mora berkata kebuntuan gol berlaku apabila Kedah berjaya menghalang dan menyekat beberapa gerakan yang dilakukan pemainnya.

“Kami datang dengan perancangan mencari keputusan positif dan memastikan dapat mengawal aksi perlawanan di tempat lawan, manakala Kedah pula hadir dengan aksi keras, kuat dan teratur di barisan pertahanan sekali gus sukar untuk kami menembusi kubu mereka.



“Jurulatih Aidil Sharin (Sahak) telah melakukan rancangannya dengan baik manakala bagi kami pula, kami juga berjaya mengelak daripada dibolosi pada perlawanan ini.

“Ia menyukarkan kami walaupun kami menukar beberapa formasi dalam gerakan usaha mencari satu atau dua gol,” katanya.

Kelebihan milik JDT – Mora


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker