Mangsa pemeriksaan ‘keterlaluan’ akan saman Qatar
Mangsa pemeriksaan ‘keterlaluan’ akan saman Qatar
SYDNEY: Sekumpulan wanita yang menjalani pemeriksaan ginekologi keterlaluan di lapangan terbang Doha akan memfailkan saman terhadap pihak berkuasa Qatar, menuntut ganti rugi atas pengalaman yang mencetuskan kecaman global, peguam mereka memberitahu AFP.
Wanita dalam penerbangan Qatar Airways dari Doha, termasuk 13 warga Australia menjalani pemeriksaan berkenaan akhir tahun lalu ketika pihak berkuasa mengesan ibu kepada bayi baru lahir yang ditinggalkan di bilik air lapangan terbang itu.
Insiden itu mencetuskan kemarahan dan kebimbangan mengenai layanan Qatar terhadap wanita ketika negara Teluk itu bersiap sedia menerima ribuan pelawat asing bagi Piala Dunia 2022.
Damian Sturzaker, dari firma Marque Lawyers yang berpangkalan di Sydney, berkata tujuh penumpang terbabit kini merancang mengambil tindakan undang-undang sebagai menghantar mesej kepada pihak berkuasa Qatar supaya tidak melayan wanita dengan cara sedemikian.
Sturzaker berkata kumpulan wanita berkenaan menuntut permohonan maaf secara rasmi, pampasan dan jaminan perlindungan ke atas penumpang yang transit di lapangan terbang.Qatar sebuah negara Islam mengenakan hukuman penjara kepada mana-mana individu yang melahirkan anak luar nikah.
Disyorkan Untuk Anda :
- PRN MELAKA: VIDEO PALSU SUDAH SEDIA UNTUK DI TULARKAN SEBAGAI SERANGAN TERAKHIR KE ATAS BN
- DUN GADEK: ADA HUTANG YANG AKAN DI TAGIH PENDUDUK DARI G SAMINATHAN PADA 20 NOVEMBER INI
- PRN MELAKA: TAWARAN CALON BN DUN DURIAN TUNGGAL KEPADA ANAK MUDA SEKIRANYA BELIAU DI BERIKAN MANDAT
Menjelang Piala Dunia, negara itu bergelut untuk meyakinkan umum mengenai hak wanita, hubungan buruh dan demokrasi yang berwibawa.
Akibat insiden itu, reputasi Qatar sedikit tercalar dan kini negara itu berikrar untuk menjamin keselamatan penumpang pada masa akan datang.
Perdana Menteri negara itu juga mengeluarkan permohonan maaf, manakala seorang pegawai polis lapangan terbang yang terbabit dalam kes pemeriksaan badan itu dilaporkan sudah dikenakan tindakan.
Bagaimanapun Sturzaker berkata kumpulan wanita itu tidak dimaklumkan mengenai sebarang penambahbaikan pada prosedur lapangan terbang dan percubaan mereka untuk mendapatkan rundingan tidak berjaya.
“Mereka juga kini mahu mengetengahkan kes mereka menjelang kejohanan FIFA, untuk memastikan pelancong lain mendapat maklumat jelas sebelum melawat Qatar,” katanya.
Setakat ini, Kedutaan Qatar di Canberra dan Qatar Airways masih belum memberikan maklum balas berhubung perkara itu.
Sturzaker berkata tuntutan mahkamah akan difailkan di Australia terhadap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Qatar, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Qatar Airways dan kerajaan negara itu dalam beberapa minggu lagi. – AFP
Mangsa pemeriksaan ‘keterlaluan’ akan saman Qatar
Disyorkan Untuk Anda :
- “Fitnah terus jadi kempen pihak pembangkang” – Najib
- PN biadap, edar risalah di dalam perkarangan Masjid
- PRN MELAKA: FITNAH BAHARU CHEGU BARD KE ATAS NAJIB TERBONGKAR LAGI
Lawati Laman Facebook kami