Perintah berkurung terhadap individu tidak divaksin di Austria

Aktivis antivaksin mengadakan demonstrasi di Ballhausplatz, Vienna, Austria membantah pelaksanaan perintah berkurung terhadap individu tidak divaksin. – Foto AFP

Perintah berkurung terhadap individu tidak divaksin di Austria

VIENNA: Austria akan memulakan perintah berkurung terhadap individu tidak divaksin COVID-19, negara pertama di Kesatuan Eropah (EU) melaksanakannya ketika anggota Alpine tu bergelut dengan peningkatan kes baharu, kata Canselor Alexander Schallenberg.

Kira-kira 65 peratus daripada hampir sembilan juta penduduk Austria menerima vaksin, di bawah purata EU sebanyak 67 peratus, manakala peningkatan harian dalam jangkitan melonjak minggu ini.

Negara Eropah lain juga kini sedang mempertimbangkan sekatan COVID-19 dengan Belanda memilih penutupan separa pertama di Eropah Barat pada musim sejuk.



Sekatan pergerakan di Austria bermakna orang yang berusia lebih 12 tahun yang tidak divaksin atau baru pulih tidak akan dibenarkan keluar rumah kecuali atas tujuan membeli barangan keperluan, bersenam atau mendapatkan rawatan perubatan.


Disyorkan Untuk Anda :


Sekatan akan dikuatkuasakan dengan pemeriksaan mengejut secara rawak untuk 10 hari akan datang dengan rondaan polis dipertingkatkan. Ia kemudiannya akan dikaji semula, menurut kerajaan.

Individu yang melanggar peraturan berisiko didenda 500 euro (RM2,378), manakala mereka yang enggan menunjukkan bukti bahawa mereka sudah divaksin atau baru sembuh boleh didenda tiga kali ganda.

Parlimen dikuasai gabungan konservatif-Hijau Schallenberg dijangka meluluskan langkah itu hari ini.



Schallenberg menyeru sekali lagi kepada mereka yang belum divaksin untuk mendapatkan suntikan.

Ratusan penduduk berhimpun di luar pejabat Canselor membantah peraturan baharu itu.

Sebelum ini, Austria pada Jumaat mengumumkan vaksinasi akan diwajibkan ke atas petugas kesihatan.

Di bawah peraturan sedia ada, individu tidak divaksin dihalang memasuki restoran, hotel dan pusat kebudayaan kecuali mereka membuktikan baru sembuh daripada jangkitan COVID-19.



Sehingga kini, kira-kira 11,700 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan di Austria dengan kes harian mencatatkan lebih 13,000 kes pada Sabtu. – AFP

Perintah berkurung terhadap individu tidak divaksin di Austria




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button