Tiga ditahan susulan kereta meletup di hospital di Liverpool
Tiga ditahan susulan kereta meletup di hospital di Liverpool
LONDON: Tiga orang ditahan susulan kejadian insiden sebuah kereta meletup di luar sebuah hospital di bandar Liverpool pada Ahad, menyebabkan seorang maut manakala seorang lagi cedera, kata polis.
Terdahulu, menurut polis Merseyside sebuah kereta meletup berhampiran sebuah hospital wanita di Liverpool. Siasatan sedang dijalankan yang turut membabitkan detektif dari jabatan antikeganasan, lapor Sputnik.
“Pegawai di Merseyside menahan tiga lelaki – berusia 29, 26 dan 21 – di kawasan #Kensington #Liverpool di bawah Akta Keganasan,” ciap polis Greater Manchester.
Sementara itu, Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson menyifatkan kejadian itu sebagai “insiden mengerikan.”
“Doa dan ingatan saya kepada mangsa yang terlibat. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada perkhidmatan kecemasan atas tindak balas pantas dan profesionalisme mereka serta kepada anggota polis yang menjalankan siasatan,” kata Johnson menerusi Twitternya. – BERNAMA
Tiga ditahan susulan kereta meletup di hospital di Liverpool