ZEHRA ZAMBRI PILIH DUDA DUA ANAK

ZEHRA ZAMBRI PILIH DUDA DUA ANAK – SELAMAT NIKAH KALI KEDUA

Pada jam 10.30 pagi semalam, penyanyi dan pembaca berita, Zehra Zambri, 34, telah selamat melangsungkan pernikahan dengan Nur Mohd Iqwan Samsudin, 38, di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor. Zehra melahirkan rasa syukur apabila perkahwinan kedua bagi dia dan suaminya berstatus duda dua anak, itu berjalan lancar.

“Dia adalah rakan sekerja di RTM dan bertugas di bahagian Berita Ehwal Semasa sebagai penyunting Berita TV. Suami berasal dari Batu Kikir, Negeri Sembilan dan kami mula mengenali semasa dia mula bekerja di RTM pada hujung Disember 2019,” katanya.

Penyanyi lagu ‘Semalakama’ ini mengakui hubungan mereka pernah melalui fasa pasang surut sebelum berjaya disatukan sebagai suami isteri. Zehra mengharapkan perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat mereka.

“Hubungan kami banyak juga diduga kerana maklumlah satu tempat kerja. Masing-masing ada peminat rahsia. Kami mula berkawan sejak awal tahun lalu, namun bergaduh pada Mac kerana gangguan dari orang sekeliling kami. Alhamdulillah, awal tahun ini suami berusaha untuk tawan hati saya semula. Jodoh kami pun kuat dan akhirnya kami berjaya disatukan.

“Kami masing-masing pernah berkahwin, jadi untuk kali ini kami akan perbaiki kelemahan dan berkekalan. Suami tak halang untuk saya aktif dalam bidang seni asalkan tahu jaga diri dan tanggungjawab. Insya-Allah, kami merancang nak berbulan madu di Langkawi,” ujarnya.

Untuk makluman, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, tetapi hanya bertahan selama enam bulan saja sebelum bercerai pada April 2018.

Gelaran janda membuatkan dia berhati-hati memilih calon suami kerana tidak mahu mengulangi kesilapan lalu. Dia turut mengakui rimas diganggu lelaki miang dan suami orang yang ingin mendekatinya.

ZEHRA ZAMBRI PILIH DUDA DUA ANAK


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker