6 remaja cedera tembakan berhampiran sekolah

6 remaja cedera tembakan berhampiran sekolah

6 remaja cedera tembakan berhampiran sekolah

LOS ANGELES: Enam remaja cedera dalam insiden tembakan berhampiran sebuah sekolah di Colorado, semalam, menurut polis.

Saksi mendakwa kira-kira 30 das tembakan dilepaskan dalam kejadian itu, manakala polis pula memaklumkan sejumlah kelongsong peluru ditemui di sebuah taman di Aurora yang terletak di pinggir bandar Denver.

Ketua Polis Aurora, Vanessa Wilson, berkata insiden itu dipercayai membabitkan lebih daripada seorang pelaku, namun siasatan masih diteruskan.

Beliau berkata, difahamkan tembakan dilepaskan oleh suspek sambil memandu, selain berkemungkinan juga ada suspek yang berjalan.

Wilson berkata, lima mangsa cedera membabitkan remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun yang dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, termasuk seorang terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.

Seorang lagi mangsa berumur 18 tahun dirawat kerana mengalami kecederaan ringan, selepas pergi sendiri ke hospital.

Kesemua mangsa terbabit adalah pelajar di sebuah sekolah yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

“Insiden berkenaan jelas amat membimbangkan bukan saja bagi bandar ini tetapi juga negara ini.

“Saya berpendapat bahawa kita benar-benar melihat krisis kesihatan awam apabila memikirkan mengenai keganasan senjata api,” kata Wilson.

Sebelum ini, Colorado pernah mencatat beberapa tragedi tembakan yang menggemparkan Amerika Syarikat (AS).

Pada 1999, dua pelajar lelaki menembak mati 12 rakan sekelas dan seorang guru di sebuah sekolah menengah.

Pada 2012, seorang lelaki bersenjata api membunuh 12 mangsa di sebuah panggung wayang di Aurora. – AFP

6 remaja cedera tembakan berhampiran sekolah


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker