Dean Smith jurulatih baharu Norwich
LONDON: Pasukan yang sedang bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Norwich City melantik bekas pengendali Aston Villa, Dean Smith sebagai ketua jurulatih baharu, umum kelab itu semalam.
Smith menandatangani kontrak selama dua tahun setengah dan akan menyertai kelab di Norfolk bersama penolong ketua jurulatih, Craig Shakespeare,” kata Norwich dalam satu kenyataan.
Jurulatih berusia 50 tahun itu menggantikan Daniel Farke yang dipecat. Skuad Canaries ketika ini berada di tempat tercorot liga dan ketinggalan lima mata daripada zon penyingkiran.
– AFP