“Helmy saingan terkuat saya untuk PRN” – Damian Yeo

 

Bagi Damian Yeo, saingan terkuat beliau adalah Helmy Abdul Halem di Dun Duyong pada PRN Melaka. Beliau berkata demikian ketika di tanya menerusi panggilan telefon.

Damian Yeo turut mengakui gerak kerja kempen kali ini agak ketat dan tidak membolehkan mereka (calon) bergerak seperti kelaziman pilihanraya.



Apabila ditanya mengapa kelibat Lim Kit Siang tidak kelihatan di PRN Melaka, Damian menyatakan tidak aada keperluan untuk Kit Siang ditampilkan dalam kempen memandangkan beliau kini hanyalah penasihat DAP dan tidak mempunyai jawatan tinggi di dalam parti itu.

 

Muhyiddin - Lim Kit Siang



 

Kempen yang menyaksikan banyak papan iklan gambar Muhyiddin ‘tekan  butang’ turut tidak disenangi Pakatan Harapan. Menurut Damian, laporan telah dilakukan kepada pihak SPR dan sehingga kini hanya di Bemban tindakan dilakukan. 

Beliau mengimbau kejadian pada PRU14 ketika wajah Tun Mahathir menghiasi papan iklan PH namun tidak dibenarkan SPR. 

 



“mengapa gambar Muhyiddin terlalu banyak? Dia (Muhyiddin) yang bertanding di semua DUN Melaka? kenapa SPR tidak bertindak?” – Damian Yeo

Menjawap persoalan siapa calon Ketua Menteri dari Pakatan Harapan, Damian berkata PH telah menetapkan hanya Adly Zahari akan diangkat sebagai Ketua Menteri PH dan bukan Shamsul Iskandar.

“nak jadi CM kena menang dulu PRN, baru boleh cerita…ini belum tentu kalah menang jadi kita (PH) pegang pada keputusan untuk melantik Adly (sekiranya PH menang)” – Yeo



 

Muhyiddin ‘tekan butang’ kalah dengan Bossku

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button