Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib
Rancangan Maharajalawak Mega 2021 menampilkan kumpulan Puteh telah melakonkan aksi lawak terlampau minggu lepas.
Kumpulan tersebut meniru watak Najib Razak dan isteri telah menerima kecaman bertalu-talu dari netizen.
Terkesan dengan kecaman, kumpulan Puteh mengambil keputusan untuk bertemu dengan Dato Sri Najib dan isteri bagi memohon maaf atas kekhilafan mereka.
Shahrol ‘Shiro’ mengambil inisiatif untuk mempertemukan kumpulan Puteh dengan Najib di kediaman Dato Sri Mohamad Ali di Klebang.
Ali Puteh yang ditemui selepas bertemu Najib menyatakan kekesalan atas aksi mereka.
Mewakili kumpulan Puteh, Ali meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang menyaksikan persembahan mereka.
Video penuh permohonan maaf kumpulan Puteh akan menyusul.