Mahkamah tetap 24 November AGC batal saman pemula warga Korea

 

Mahkamah tetap 24 November AGC batal saman pemula warga Korea

Mahkamah tetap 24 November AGC batal saman pemula warga Korea

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menetapkan 24 November untuk keputusan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) membatalkan saman pemula difailkan seorang ahli perniagaan dari Korea Utara terhadap Kerajaan Malaysia, Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan tiga pihak lagi berhubung perintah ekstradisi ke AS ke atas lelaki terbabit.



Hakim Datuk Noorin Badaruddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan (SFC), Ahmad Hanir Hambaly dan peguam Datuk Nicholas Kow serta Emile Ezra Hussain yang mewakili Mun Chol Myong, 56.

Dalam hujahnya, Nicholas berkata, berlaku pelanggaran hak asasi plaintif dan dia diserahkan kepada negara lain secara salah tanpa mematuhi undang-undang negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Plaintif berhujah saman pemula ini wajar didengar dan diputuskan berdasarkan meritnya, dan menanganinya melalui proses ringkasan akan menjadikan haknya mengikut Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan dinafikan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya mahkamah membenarkan permohonan defendan membatalkan saman pemula itu, ia akan memprejudiskan plaintif kerana haknya di bawah Perlembagaan Persekutuan dilucutkan tanpa sebarang kaedah untuk membetulkan ketidakadilan itu.



Ahmad Hanir berhujah, btindakan undang-undang dibawa plaintif tidak lagi relevan selepas dia diekstradisi ke AS pada 17 Mac 2021 dan oleh itu memohon saman pemula itu dibatalkan.

Pada 8 Mac lalu, Chol Myong memfailkan saman pemula dengan menamakan pendakwa raya, Menteri Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kerajaan Malaysia dan Kerajaan AS masing-masing sebagai defendan pertama hingga kelima.


Disyorkan Untuk Anda :


Chol Myong memohon deklarasi bahawa Seksyen 4 dan Seksyen 20 Akta Ekstradisi 1992 tidak berperlembagaan, batal, tidak sah dan tiada kesan kerana bertentangan Perlembagaan Persekutuan serta Pindaan Kelapan dan Pindaan ke-14 Perlembagaan Amerika Syarikat.

Dia juga memohon injunksi bagi menghalang Kerajaan AS daripada mengambil tindakan melalui Menteri Dalam Negeri, KDN dan Kerajaan Malaysia menurut Perjanjian Ekstradisi antara kedua-dua negara itu yang ditandatangani pada 3 Ogos 1995.



Pada 13 Mei 2019, pendakwaan memfailkan permohonan di Mahkamah Majistret untuk waran tangkap sementara terhadap Chol Myong yang kemudiannya dibenarkan pada hari sama.

Pada 10 Jun 2019, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengemukakan permohonan rasmi melalui saluran diplomatik kepada Kerajaan Malaysia untuk Chol Myong diekstradisi.

Dalam permohonan ekstradisi itu, dinyatakan Chol Myong adalah penjenayah dalam buruan yang dikehendaki menghadiri perbicaraan di AS berikutan waran tangkap dikeluarkan kepadanya atas tuduhan konspirasi pengubahan wang haram.

Mahkamah Sesyen pada 13 Disember 2019, mengeluarkan perintah supaya Chol Myong dihantar ke Penjara Sungai Buloh sementara menunggu perintah penyerahan daripada Menteri Dalam Negeri kepada pihak berkuasa AS.



Chol Myong kemudiannya memfailkan writ habeas corpus di Mahkamah Tinggi di sini pada 12 Disember 2019 untuk memohon dibebaskan daripada tahanan, namun ditolak mahkamah pada 8 Oktober tahun lalu.

Ahli perniagaan itu kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan habeas corpus itu di Mahkamah Persekutuan, namun rayuannya ditolak pada 9 Mac lalu.– BERNAMA

Mahkamah tetap 24 November AGC batal saman pemula warga Korea


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button