Wan Rosdy puji kepimpinan Sulaiman Ali

Datuk Seri Sulaiman Md Ali

Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail memuji kepimpinan Datuk Seri Utama Sulaiman Ali selaku Ketua Menteri Melaka yang berjaya menurunkan suhu politik di Melaka sepanjang tempoh khidmat beliau.

Wan Rosdy yang ditemui selepas meraikan Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob yang melawat Rumah Pahang dalam rangka lawatan beliau ke Melaka.

Wan Rosdy Wan Ismail

Menteri Besar Pahang itu juga mengimbau bagaimana keadaan politik negara yang agak tegang ketika Muhyiddin berkuasa. 

Wan Rosdy turut mengingatkan rakyat Melaka agar tidak silap memilih kerajaan pada 20 November 2021 untuk mengelakkan keadaan politik tidak stabil berlaku sekali lagi. Ini hanya akan merugikan seluruh rakyat Melaka di masa depan.

BN Pahang turut terlibat membantu kempen PRN Melaka bagi memastikan kemenangan BN sekaligus menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih stabil selaras dengan motto BN ‘Kestabilan demi kemakmuran’.

“Dengar naik tapi apapun takde” – Pengundi Gadek

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker