ADAM SHAHZ MOHON MAAF, TIADA KAITAN DENGAN JS PICTURES
ADAM SHAHZ MOHON MAAF, TIADA KAITAN DENGAN JS PICTURES
Baru-baru ini, pelakon Adam Shahz membuat pendedahan mengenai sebuah syarikat produksi dikatakan meneruskan penggambaran biarpun sebahagian daripada kru positif Covid-19.
Enggan memanjangkan isu ini, Adam tampil memohon maaf dan berkata dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana syarikat produksi termasuk JS Pictures.
Adam berkata dalam artikel yang disiarkan sebuah portal hiburan semalam, dia tidak menyebut nama mana-mana pihak dan menegaskan produksi milik pelakon Sheila Rusly dan Jinggo itu tidak mempunyai kaitan.
“Apa yang saya kongsikan, adalah pendapat saya secara umum tanpa menunding jari kepada sesiapa. Saya tak nak panjangkan isu ini lagi. Cuma, saya nak pesan pada kawan-kawan semua, tolong patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Cukuplah industri terkesan selama hampir lima bulan,” katanya.
Menurut Adam, dia juga ingin memohon maaf kepada JS Pictures yang ‘terkesan’ dengan kenyataan dikeluarkan dan menegaskan syarikat produksi itu tiada kaitan.
“Artikel yang disiarkan tidak membabitkan mana-mana produksi, termasuk JS Pictures dan saya ingin memohon maaf secara terbuka di atas salah faham yang berlaku. Saya memohon maaf dengan pihak JS Pictures kerana salah tafsir, serta JS Pictures tidak tertakluk dalam kenyataan seperti artikel ditulis,” ujarnya lagi.
Permohonan maaf itu dibuat sehari selepas membuat pengakuan mempunyai bukti terdapat sebuah produksi mengarahkan pelakon dan kru mereka agar tidak ‘berkokok’ tentang isu menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.
Menurut Adam, perkara sebegitu hanya menjejaskan dan memburukkan imej industri seni yang sememangnya sudah dipandang negatif. Dalam masa sama, Adam berharap isu terbabit tidak diperbesarkan lagi.
ADAM SHAHZ MOHON MAAF, TIADA KAITAN DENGAN JS PICTURES
Disyorkan Untuk Anda :
- “Fitnah terus jadi kempen pihak pembangkang” – Najib
- Timbalan Pengerusi Giat Mara kantoi memfitnah
- UMNO tidak lemah – Tok Mat Hasan
- EKSKLUSIF!!! Pemilik gerai kesal Kelab Che Det memfitnah kehadiran Najib
Lawati Laman Facebook kami