Bilangan perokok seluruh dunia berkurangan – WHO



Bilangan perokok seluruh dunia berkurangan - WHO
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. – Foto AFP

Bilangan perokok seluruh dunia berkurangan – WHO

GENEVA: Bilangan perokok di seluruh dunia menurun secara berterusan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

Susulan itu, WHO menggesa semua negara untuk meningkatkan lagi langkah kawalan untuk menghentikan ketagihan tembakau yang boleh membawa maut.

Tahun lalu, kira-kira 1.3 bilion orang menggunakan tembakau di seluruh dunia, berkurangan berbanding 1.32 bilion dua tahun sebelumnya, kata WHO dalam laporan terbaharunya.



Jumlah itu, katanya, dijangka akan terus berkurang kepada 1.27 bilion menjelang 2025, yang ditunjukkan penurunan 50 juta pengguna tembakau dalam tempoh tujuh tahun, walaupun populasi dunia meningkat.

Laporan itu menunjukkan walaupun hampir satu pertiga daripada populasi global berusia 15 tahun dan ke atas menggunakan produk tembakau pada 2000, hanya kira-kira satu perlima dijangka melakukannya menjelang 2025.

“Perkembangan ini sangat menggalakkan untuk menyaksikan penurunan bilangan menggunakan tembakau setiap tahun.

“Bagaimanapun perjalanan kita masih jauh, dan syarikat tembakau akan menggunakan pelbagai helah untuk mempertahankan keuntungan daripada perusahaan mereka,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan.



Penggunaan tembakau dianggarkan membunuh lebih daripada lapan juta orang setiap tahun, kebanyakannya secara langsung disebabkan mereka menggunakan tembakau itu sendiri, manakala 1.2 juta lagi bukan perokok yang terdedah kepada asap rokok, menurut statistik WHO.

Laporan hari ini juga memberi amaran jumlah kematian tahunan akan terus meningkat untuk beberapa tempoh walaupun penggunaan tembakau berkurangan ‘kerana tembakau membunuh penggunanya dan orang yang terdedah kepada asapnya secara perlahan’.

Laporan sama turut memuji 60 negara yang komited mengurangkan penggunaan tembakau hingga 30 peratus antara 2010 hingga 2025, berbanding dua tahun lalu ketika WHO mengeluarkan laporan hanya 32 negara menyatakan komitmen itu.

Laporan itu menggesa negara untuk meningkatkan penggunaan langkah-langkah yang diiktiraf untuk mengurangkan penggunaan tembakau, termasuk menguatkuasakan larangan pengiklanan, menampal amaran kesihatan pada bungkusan rokok, menaikkan cukai tembakau dan memberikan bantuan kepada mereka yang ingin berhenti.



Kata WHO, dengan hanya pelaburan berjumlah AS$1.68 (RM7) per kapita setiap tahun langkah intervensi seperti nasihat melalui teks pesanan boleh membantu kira-kira 152 juta pengguna tembakau untuk berhenti rokok menjelang 2030.

Walaupun jumlah itu semakin berkurangan, menurut laporan itu, ia tidak merangkumi pengguna rokok elektronik, yang mana kira-kira 36.7 peratus daripada semua lelaki dan 7.8 peratus wanita dunia masih menggunakan produk tembakau tahun lalu.

Lebih membimbangkan, ia menyatakan seramai 38 juta remaja berusia antara 13 dan 15 juga menggunakan tembakau.

Ia menyumbang kira-kira 10 peratus daripada populasi remaja dalam kumpulan umur itu, dengan kanak-kanak lelaki jauh lebih berkemungkinan merokok daripada kanak-kanak perempuan.



Eropah ialah rantau dunia di mana kebanyakan wanita menggunakan produk tembakau dengan kira-kira 18 peratus, dedah laporan itu.

Wilayah Pasifik Barat adalah tempat kebanyakan lelaki merokok, dengan lebih 45 peratus lelaki dijangka masih menggunakan tembakau sehingga 2025. – AFP

Geneva, Nov 16, 2021 (AFP) –

The number of smokers worldwide has dropped steadily in recent years, the World Health Organization said Tuesday, urging countries to step up control measures further to kick deadly tobacco addiction.

In 2020, some 1.30 billion people were using tobacco globally, down from 1.32 billion two years earlier, the WHO said in a fresh report.

And that number, it said, is expected to dwindle to 1.27 billion by 2025, indicating a decrease of some 50 million tobacco users over a seven-year-period, even as the global population has swelled.

The report showed that while nearly a third of the global population over the age of 15 used tobacco products back in 2000, only around a fifth is expected to be doing so by 2025.

“It is very encouraging to see fewer people using tobacco each year,” WHO chief Tedros Adhanom Ghebreyesus said in a statement.

But “we still have a long way to go, and tobacco companies will continue to use every trick in the book to defend the gigantic profits they make from peddling their deadly wares.”

Tobacco use is estimated to kill more than eight million people each year, most of them directly due to their own tobacco use, while 1.2 million of them are non-smokers exposed to second-hand smoke, according to WHO numbers.

Tuesday’s report cautioned that the annual numbers of deaths would continue climbing for some time even as tobacco use declines “because tobacco kills its users and people exposed to its emissions slowly.”

The report hailed that 60 countries were now on track to reduce tobacco use by 30 percent between 2010 and 2025.

When WHO published its last report on global tobacco trends two years ago, only 32 countries were on track to do so.

“We are seeing great progress in many countries” but “this success is fragile,” said Ruediger Krech, head of the WHO’s health promotion department.

The report called on countries to scale up their use of recognised measures to reduce tobacco use, including enforcing advertising bans, plastering health warnings on cigarette packages, raising tobacco taxes and providing assistance to those who want to quit.

The WHO calculated that investing just $1.68 per capita each year in cessation interventions like providing advice via text message could help 152 million tobacco users successfully quit by 2030.

While the numbers are coming down, the report, which did not include electronic cigarette use, highlighted that 36.7 percent of all men and 7.8 percent of the world’s women were still using tobacco products last year.

Even more concerning, it said that 38 million teens between the ages of 13 and 15 were also doing so.

That accounts for 10 percent of all adolescents in that age group, with boys far more likely to smoke than girls.

Europe is the region of the world where most women use tobacco products — a full 18 percent, the report showed.

The Western Pacific region is where most men smoke, with over 45 percent of men expected to still be using tobacco there by 2025.

nl/rjm/yad

Bilangan perokok seluruh dunia berkurangan – WHO



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker