BT Bina Group tawar ganjaran RM1 juta

BT Bina Group tawar ganjaran RM1 juta
Pengerusi BT Bina Group, Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan Kumpulan BT Bina Group, Datuk Seri David Tan (kanan) menyampaikan kunci rumah kepada Rashid Sidek dan Liek Hou pada majlis penghargaan kepada pemenang pingat emas Paralimpik Tokyo 2020, bulan lalu. – NSTP/Hazreen Mohamad

BT Bina Group tawar ganjaran RM1 juta

KUALA LUMPUR: Syarikat pemaju dan pelaburan hartanah, BT Bina Group Sdn Bhd menawarkan ganjaran sebanyak RM1 juta kepada mana-mana atlet yang berjaya memenangi pingat emas buat Malaysia pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif, BT Bina Group, Datuk Seri David Tan, berkata usaha dan strategi untuk merealisasikan impian itu perlu bermula sekarang dan pihaknya berharap tawaran berkenaan mampu meningkatkan lagi motivasi atlet negara.

“Saya dan semua rakyat Malaysia masih menanti pingat emas Olimpik pertama negara. Oleh itu, saya bersedia untuk memberi wang tunai berjumlah RM1 juta kepada pemenang pingat emas di Olimpik Paris 2024.

“Dengan ganjaran ini, saya harap ia mampu menyemarakkan lagi semangat atlet-atlet negara memburu pingat di Olimpik Paris nanti.

“Usaha itu perlu bermula dari sekarang. Saya percaya peluang untuk atlet negara meraih emas di Paris 2024 ada, tetapi paling penting mereka perlu sangat berdisiplin dan berusaha keras, selain mendapat lebih banyak pendedahan di kejohanan antarabangsa,” katanya.

Dengan ganjaran terbaru yang ditawarkan syarikat berkenaan, atlet yang berjaya memenangi emas di Paris secara keseluruhan akan meraih habuan sebanyak RM2 juta termasuk RM1 juta yang dijanjikan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).

Pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berakhir, Ogos lalu menyaksikan kontinjen negara membawa pulang satu perak dan gangsa.

Pingat perak hadir menerusi jaguh basikal trek, Datuk Azizulhasni Awang dalam acara keirin dan gangsa disumbangkan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam acara badminton beregu lelaki.

BT Bina Group sebelum ini menghadiahkan sebuah unit kondominium bernilai RM800,000 yang dikongsi secara bersama oleh jaguh badminton para, Cheah Liek Hou dan jurulatihnya, Datuk Rashid Sidek susulan kejayaan memenangi emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, September lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker