Budak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 29

Budak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 29

Budak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 29

KUALA LUMPUR: Kecuaian seorang bapa meninggalkan anak perempuannya berusia empat tahun tanpa pengawasan di rumah mengundang padah apabila kanak-kanak itu ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 29 di sebuah kondominium dekat Jalan Ipoh, hari ini.

Kejadian dilaporkan kepada pihak polis pada jam 2.41 petang selepas mayat mangsa ditemui seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor di tingkat lapan kondominium terbabit.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata ketika kejadian, bapa mangsa berusia 35 tahun keluar untuk membeli barang dan mangsa ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan dalam keadaan pintu rumah berkunci.

“Apabila pulang ke rumah, bapa mangsa mendapati anaknya tiada dan mengesyaki kanak-kanak itu terjatuh dari tingkap sebelum meminta bantuan dari pihak pengurusan untuk mencari mangsa.

“Mangsa kemudian ditemui oleh salah seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor tingkat lapan dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Eng Lai berkata, pihak pengurusan kondominium kemudian menghubungi ambulans dan sepasukan anggota paramedik dari Hospital Selayang yang ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati tingkap bilik mangsa dalam keadaan terbuka dan terdapat sebuah kerusi di tepi tingkap bilik terbabit.

“Tingkap di dalam bilik itu didapati tidak mempunyai jeriji dan hasil siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam insiden ini,” katanya.

Eng Lai berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Kita menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206 untuk membantu siasatan polis,” katanya.

Budak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 29



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami


 

Leave a Reply