IBU BANGGA DENGAN PERCAPAIAN JANNA NICK

IBU BANGGA DENGAN PERCAPAIAN JANNA NICK

IBU BANGGA DENGAN PERCAPAIAN JANNA NICK – “HATI PEDIH TENGOK ORANG KUTUK DIA”

Ibu mana yang tidak bangga jika anak mereka berjaya… itulah yang dirasai ibu kepada pelakon Janna Nick yang bangga dengan kejayaan anak keduanya itu apabila merangkul gelaran Bintang Paling Popular di malam Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH34) pada Sabtu lalu.

Melihat sendiri perjalanan berliku yang dilalui sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam industri seni, ibunya Shahzani atau lebih mesra disapa Mama Scha, berkata Janna seorang anak yang bertanggungjawab dan mengutamakan keluarga.

Menyedari Janna sering dihimpit kontroversi, Scha mengambil keputusan untuk tidak membuka media sosial kerana bimbang hatinya tergores dengan pelbagai komen jahat yang ditulis netizen terhadap anak perempuan itu.



“Kemenangan ini paling bersejarah, hampir 10 tahun dia bekerja keras, apa yang saya nampak dia anak bertanggungjawab, berusaha untuk bahagiakan keluarga, memang Allah luaskan rezeki untuk dia.

“Walaupun selama ni ramai orang kecam dia, saya tak boleh tengok media sosial sangat sebab hati saya memang pedih kalau tengok orang kutuk dia tapi saya kenal dia macam mana. Nampak dia keras tapi hati dia lembut, saya memang tak boleh nak tengok media sosial, nampak berita tentang dia saya tak boleh tahan!” katanya.

Ibu berusia 48 tahun itu berkongsi luahan hatinya menerusi rakaman video berdurasi 10 minit yang dimuat naik Janna di saluran YouTube Janna Nick pada Selasa.

Menerusi rakaman tersebut, ibu kepada empat anak ini dilihat sebak sehingga menitiskan air mata mengenang perjalanan sukar Janna sepanjang berada dalam industri seni.



Dalam pada itu, Mama Scha berkata dia tidak henti-henti mendoakan agar urusan Janna dipermudahkan dan pekerjaan yang dilakukan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain.

“Setiap hari dia keluar bekerja, saya doakan Allah permudahkan perjalanan dan setiap langkah dia. Saya doa dia bahagia dunia dan akhirat serta jadi anak terbaik yang boleh memberikan kebaikan, manfaat lebih ramai orang di luar sana.

“Itu yang saya doa setiap hari dekat dia. Tapi setakat hari ini saya bangga dengan pencapaian dia, banyak sangat pengorbanan dia, bantu sana-sini… semoga akan datang usahanya ini memberi kebaikan untuk orang sekeliling,” ujarnya.

IBU BANGGA DENGAN PERCAPAIAN JANNA NICK



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker