KRISIS RUMAH TANGGA – SITI SALEHA MASIH ‘KUNCI MULUT’
KRISIS RUMAH TANGGA – SITI SALEHA MASIH ‘KUNCI MULUT’
Dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi pada 13 Oktober lalu, pelakon Siti Saleha, 31, ketika ditanya mengenai krisis rumah tangga dengan suami bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya meminta semua pihak menghormati ruang peribadinya.
“Saya sudah beritahu sebelum ini, saya okay. Jadi, saya berharap anda semua beri saya ruang. Buat masa sekarang, saya tak mahu cakap apa-apa mengenai perkara itu.
“Semua orang tahu dan peminat saya juga tahu, saya ‘private’ dan perkara ini berkaitan dengan kehidupan peribadi saya. Jadi, saya tak nak komen apa-apa,” katanya kepada BH Online.
Pelakon yang popular dengan drama rantaian ‘7 Hari Mencintaiku’ itu menyifatkan krisis yang melanda rumah tangganya sebagai ujian.
“Alhamdulillah, saya okay. Saya hendak semua orang tahu saya okay sahaja. Ini semua adalah ujian. Bagaimanapun, trofi ini adalah hadiah istimewa buat saya tahun ini,” kata pemenang Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.
Ditanya sama ada dia dan suami sudah tidak tinggal sebumbung dan dakwaan wujudnya ‘orang ketiga’ menjadi punca keretakan rumah tangga, Siti Saleha enggan mengulas: “Tiada komen, maaf,” katanya.
Sebelum ini, Siti Saleha selaku plaintif dilaporkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada 13 Oktober bagi sebutan kes perceraian.
Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.
KRISIS RUMAH TANGGA – SITI SALEHA MASIH ‘KUNCI MULUT’
Disyorkan Untuk Anda :
- “Fitnah terus jadi kempen pihak pembangkang” – Najib
- Timbalan Pengerusi Giat Mara kantoi memfitnah
- UMNO tidak lemah – Tok Mat Hasan
- EKSKLUSIF!!! Pemilik gerai kesal Kelab Che Det memfitnah kehadiran Najib
Lawati Laman Facebook kami