MSN ambil alih Pusat Perahu Layar Hang Jebat

MSN ambil alih Pusat Perahu Layar Hang Jebat
AHMAD Faizal (tengah) mengadakan lawatan ke Pusat Perahu Layar Hang Jebat. FOTO Ihsan MSN

MSN ambil alih Pusat Perahu Layar Hang Jebat

KUALA LUMPUR: Pusat Perahu Layar Hang Jebat, Melaka bakal dijadikan kompleks pelayaran kedua Majlis Sukan Negara (MSN) selepas Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi, Kedah.

MSN dalam satu kenyataan hari ini berkata, pusat berkenaan akan menempatkan pelayar kebangsaan dalam kategori kelas bot yang lebih tinggi iaitu International 470, Laser (Radial dan Standard), dan Windsurfing.

“MSN akan bekerjasama dengan Universiti Teknikal Melaka (UTEM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah dan Akademi Laut Malaysia (ALAM) bagi membolehkan pelayar berumur 17 tahun ke atas dapat melanjutkan pelajaran dan menjalani latihan di pusat pelayaran tersebut pada masa yang sama,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengadakan lawatan ke Pusat Perahu Layar Hang Jebat yang secara rasmi diambil alih oleh MSN daripada pengurusan Kerajaan Negeri Melaka pada Julai lalu.

Selain itu, MSN juga akan membantu Persatuan Pelayaran Melaka mengaktifkan kompleks pelayaran berkenaan sebagai destinasi pelancongan air sekali gus dapat membantu menggerakkan ekonomi masyarakat setempat yang merupakan kawasan tarikan pelancong.

MSN ambil alih Pusat Perahu Layar Hang Jebat



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker