Penyeludupan dadah antarabangsa oleh mafia ditumpaskan

Penyeludupan dadah antarabangsa oleh mafia ditumpaskan

Penyeludupan dadah antarabangsa oleh mafia ditumpaskan

ROM: Polis Itali semalam mengumumkan berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan dadah antarabangsa disyaki dijalankan kumpulan mafia ‘Ndrangheta, dengan waran tangkap dikeluarkan ke atas lebih 100 suspek di seluruh negara.

Enam warga Itali turut ditahan di Switzerland sepanjang tempoh operasi itu yang merupakan kemuncak kepada tiga siasatan berasingan dilakukan terhadap keluarga Mole, kata polis.



“Satu daripada organisasi paling sukar di Eropah telah berjaya ditumpaskan,” kata Pesuruhjaya Polis Reggio Calabria, Bruno Megale, menurut laporan media Itali.

Beliau berkata, kumpulan keluarga Mole bukan saja disyaki terbabit dalam penyeludupan dadah tetapi juga mengenakan peraturan ‘Ndrangheta dalam pelbagai sektor ekonomi, namun tidak memperincikan lebih lanjut.

Menurut polis, suspek yang dikenal pasti melalui siasatan di Milan, Florence dan Reggio Calabria itu turut didakwa memiliki senjata haram serta lari daripada membayar cukai, selain melakukan penipuan dan peras ugut.

‘Ndrangheta dilaporkan sebagai kumpulan mafia paling berkuasa di Itali dan beroperasi di seluruh dunia, malah disyaki menguasai sebahagian besar penyeludupan kokain ke Eropah.



Polis turut mendedahkan, dadah seberat lebih satu tan berjaya dirampas dalam pelbagai operasi pada 2019 dan 2020 di pelabuhan Livorno di Tuscany serta Gioia Tauro di Calabria. – AFP

Penyeludupan dadah antarabangsa oleh mafia ditumpaskan



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button