MAWI SELESA KEHIDUPAN SEKARANG

MAWI SELESA KEHIDUPAN SEKARANG

MAWI SELESA KEHIDUPAN SEKARANG – ZAMAN POPULAR TAK JADI SENDIRI, SERING DIGANGGUΒ 

“Alhamdulillah saya impikan kehidupan sekarang kerana lebih selesa begini. Kalau dulu hari-hari saya berdoa agar Tuhan kembalikan hidup saya yang asal. Jujur pada waktu kegemilangan dulu saya tak bersedia dan tak terfikir langsung akan jadi sebegitu besar. Saya ingatkan lepas keluar AF saya hanya terima tempias populariti sedikit tapi tak sangka Tuhan susun perjalanan saya begitu.

MAWI SELESA KEHIDUPAN SEKARANG

“Kalau dulu memang tak boleh jadi diri sendiri. Saya akui terkejut dan masih tercari-cari identiti. Belum lagi hidup saya diganggu pada waktu malam sampai tak boleh tidur. Tapi itu semua cerita lama. Kini saya rasa tenang dan selesa,” itulah kata penyanyi Mawi.

Kejayaan Mawi pada ketika itu mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya menewaskan nama besar termasuk penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Mawi menganggap populariti dan kemasyhuran yang diraih selepas menjuarai program realiti, Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 2005 adalah rezeki yang sudah tertulis. Walaupun namanya tidak ‘serancak’ dulu, Mawi selesa dengan kehidupan yang dilalui sekarang.

 

MAWI SELESA KEHIDUPAN SEKARANG

“Soal rezeki bukan kita yang rancang tapi berlaku tanpa kita sedar dan jangka. Saya masuk AF3 dulu pun sebab nak jadi penyampai radio dan Alhamdulillah saya kini bergelar penyampai radio di Zayan FM.

“Berkenaan gelaran pula orang luar yang cakap dan bukan daripada mulut saya. Apa yang berlaku pada ketika itu adalah ketentuan yang sudah Allah tetapkan dan tiada yang mustahil. Saya anggap sebagai ‘kun faya kun’.

“Jadi kalau kita tengok orang berjaya hari ini, tak perlulah kita pertikai. Ini kerana, sudah tertulis rezeki mereka begitu,” ujar Mawi yang turut memuat naik foto bersama trofi kemenangan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2005, menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

MAWI SELESA KEHIDUPAN SEKARANG


Disyorkan Untuk Anda :

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker