Shamsul Iskandar bukan pilihan Paya Rumput

 

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar bukan pilihan pengundi Paya Rumput menurut tinjauan bebas.



Berdepan dengan calon muda BN, Datuk Rais Yassin, Shamsul dijangkakan akan menghadapi masalah besar.

Kemampuan Shamsul atau dikenali sebagai Sam dipertikaikan ramai pengundi semasa membuat tinjauan secara rawak di kawasan yang beliau tandingi.

Malah jawatan beliau selaku ahli parlimen dan Timbalan Menteri dipertikaikan kerana tiada sebarang perubahan yang dibawanya sepanjang berkhidmat.

“bagaimana dia nak jadi calon di sini, jadi timbalan menteri pun dia tak perform” – pengundi Paya Rumput



 

“shamsul ni bila jadi calon baru nampak muka, selama ni Halim je buat kerja tiba-tiba shamsul jadi calon…ni tidak adil” – pengundi 

Menjadi kontroversi apabila Shamsul yang tidak membawa sebarang perubahan di Hang Tuah Jaya mahu membawa angin perubahan di Paya Rumput. Apa yang akan beliau bawa?



Namanya yang disebut akan menjadi Ketua Menteri sekiranya PH menang telah menimbulkan konflik dalaman Pakatan Harapan.

Walaupun namanya tidak disenaraikan secara rasmi untuk menjadi Ketua Menteri, perancangan sebenar PKR telah dihidu beberapa pihak teruatam mereka yang kecewa apabila Sam dicalonkan.

Dijangkakan Shamsul akan berdepan undi protes ahli PKR di Paya Rumput sekaligus menutup peluangnya menjadi Ketua Menteri pilihan Anwar Ibrahim.

Perikatan Nasional ajar pengundi tipu malaikat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button