Hamilton enggan bincang insiden GP Brazil

Hamilton enggan bincang insiden GP Brazil
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton (kanan) bersama anggota pasukan kejuruteraannya menggunakan skuter di kawasan litar menjelang saingan GP Qatar hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Losail, Qatar. – Foto AFP.

Hamilton enggan bincang insiden GP Brazil

DOHA, Qatar: Lewis Hamilton menjauhkan diri daripada permintaan pasukan Mercedes supaya pembantu perlumbaan melihat kembali insiden pada Grand Prix (GP) Brazil Ahad lalu apabila Max Verstappen memaksanya keluar dari litar.

Bercakap kepada wartawan menjelang perlumbaan minggu ini di GP Qatar, juara dunia tujuh kali itu mendedahkan dia tidak terbabit dalam proses berkenaan, sebaliknya mahu menyimpan tenaga.

“Saya tidak menjadi sebahagian daripadanya,” kata Hamilton yang menampilkan perlumbaan hebat bagi mengurangkan kelebihan Red Bull dalam kejuaraan kepada 14 mata berbaki tiga perlumbaan.

“Sudah tentu saya tahu mengenainya dan saya menyokong penuh pasukan, tapi saya cuba memberikan seluruh tenaga untuk hujung minggu ini, bagi memastikan kami tiba dan beraksi dengan baik.

“Saya tidak pasti bagaimana perbincangan itu dan di mana ia akan berakhir. Saya tidak mahu membuang masa dan tenaga.”

Hamilton bercakap ketika sidang akhbar menjelang perlumbaan Ahad ini di Litar Antarabangsa Losail yang akan digunakan oleh Formula Satu (F1) buat kali pertama ketika perbincangan sedang berlangsung.

Insiden berkenaan menjadi perhatian pada pusingan ke-48 daripada keseluruhan 71 di Sao Paulo apabila Hamilton cuba memintas Verstappen pada selekoh keempat.

Pelumba Belanda itu cuba mempertahankan posisinya dan kedua-dua jentera terkeluar daripada litar.

– AFP

Hamilton enggan bincang insiden GP Brazil


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker