JANNA NICK TAK SERIK DIKECAM

JANNA NICK TAK SERIK DIKECAM
JANNA NICK TAK SERIK DIKECAM – KONGSI FOTO ‘TERKANGKANG’ LEPAS MENANG

Umum sedia maklum mengenai kemenangan pelakon Janna Nick yang berjaya merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH 34) Sabtu lalu. Ramai yang mempersoalkan kemenangan Janna apabila jumlah undiannya lebih 86 juta, sedangkan rakyat Malaysia hanya 32 juta sahaja.

Malah, ibu Janna mengambil keputusan untuk tidak membuka media sosial kerana bimbang hatinya tergores dengan pelbagai kecaman yang diterima anak perempuannya yang sering dihimpit kontroversi itu.

Terkini, Janna nampaknya seolah tidak serik apabila nama sekali lagi hangat diperkatakan apabila baru-baru ini berkongsi gambar dirinya sedang duduk terkangkang serta memegang beg seperti mempromosikan beg tangan berjenama mewah tersebut.


Seperti sudah dijangka, perkongsian Janna itu menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila dihujani dengan sindiran dan kecaman daripada netizen.



Tidak kurang juga ada yang menitipkan nasihat dengan mengatakan dia baru sahaja memenang Bintang Paling Popular dan adalah lebih baik jika tunjuk teladan yang baik kepada netizen.

Terdahulu, kekasih kepada pelakon Dini Schatzmann ini berkata dia sedar dirinya merupakan selebriti yang sering terpalit dengan kontroversi sehinggakan dia hampir putus asa dengan industri seni. Namun, Janna menganggap kemenangannya di ABPBH adalah hadiah daripada peminatnya yang mahu melihat dia terus beraksi seperti biasa.

JANNA NICK TAK SERIK DIKECAM – KONGSI FOTO ‘TERKANGKANG’ LEPAS MENANG



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Sah!!! Rafiq Naizamohideen kini taraf ‘pampers’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button