REZEKI HARRIS & INTAN LEBIH LUAS LEPAS KAHWIN

REZEKI HARRIS & INTAN LEBIH LUAS LEPAS KAHWIN

REZEKI HARRIS & INTAN LEBIH LUAS LEPAS KAHWIN – KONGSI KEHAMILAN BILA TIBA MASA 

Tiada apa yang boleh saya kongsi lagi, tetapi saya berjanji kalau ada waktu yang sesuai untuk kami kongsikan berita yang gembira kami akan berbuat demikian. Cuma buat masa ini, apa yang kami minta daripada peminat di luar sana adalah doa-doa ikhlas kalian.

“Terus doakan kebahagian saya dan Intan,” itulah jawab penyanyi dan pelakon Harris Alif ketika ditanya mengenai desas-desus isterinya, Intan Ladyana yang kini sedang berbadan dua.

Dalam pemkembangan lain, pasangan selebriti terkenal ini mengakui tempoh 10 bulan bergelar suami isteri sebagai sesuatu yang cukup manis ketika ini, malah perkongsian hidup mereka juga turut disusuli dengan pelbagai kisah indah.

Berkongsi kehidupan selepas berkahwin, Intan, 39, berkata fokusnya kini lebih kepada keluarga. Malah, kehidupan sebagai isteri juga menuntut dia untuk lebih teliti sebelum menerima apa-apa tawaran dalam memastikan tidak mengganggu tanggungjawab utamanya.

“Memang ada yang berubah selepas berkahwin pastinya keutamaan saya kepada keluarga kini. Pada tempoh sekarang juga saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

“Alhamdulillah rezeki selepas berkahwin itu lebih murah. Saya juga perlu fokus kepada perniagaan produk wangian yang diusahakan kami di bawah jenama Anugerah,” ujarnya.

Menurut Intan, dia dan suami bersyukur apabila diberi peluang oleh syarikat Nori Malaysia Sdn Bhd untuk memperkenalkan produk wangian mereka.

“Ketika ini produk kami sudah berada di lapan cawangan Aeon di seluruh negara. Insya-Allah pada tahun ini juga produk kami akan berada di lima lokasi lain antaranya di Pantai Timur,” tambahnya.

Anugerah sudah mempunyai dua produk iaitu Anugerah Body Mist dan Anugerah Fantasy. Malah, Intan dan suami juga dalam rancangan untuk memperkenalkan Anugerah Man.

REZEKI HARRIS & INTAN LEBIH LUAS LEPAS KAHWIN – KONGSI KEHAMILAN BILA TIBA MASA 

REZEKI HARRIS & INTAN LEBIH LUAS LEPAS KAHWIN – KONGSI KEHAMILAN BILA TIBA MASA



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker