Ayam & telur naik harga, kangkung tumpang berlumba sama

Kenaikan harga ayam dan telur ayam begitu menggelisahkan rakyat namun mengejutkan sekali apabila mengetahui kangkung pun tumpang naik harga.

Seorang peniaga makanan yang dihubungi memberitahu kenaikan harga dari pemborong memberi kesan yang agak ketara kepada peniaga walau mereka mendapat bahan mentah dengan harga borong.

Bayangkan harga kangkung sekarang RM5 sekilo! Kalau kangkung boleh mencecah harga sebegitu tidak mustahil harga sayuran lain akan turut sama naik.

Telur ayam gred C mengalami kenaikan pada kadar RM0.03 sen sebiji daripada RM0.40 sen sebiji ke RM0.43 sen sebiji. 

Menyalahkan kos harga makanan naik untuk dijadikan sandaran kenaikan harga telur dan ayam amat tidak munasabah langsung. 

Apa jawapan munasabah yang akan diberikan Menteri bertanggungjawab? Perlu diingatkan, rakyat dan para peniaga tidak mahu menerima jawapan ‘skema’ atau jawapan ‘bodoh’ bila membabitkan kenaikan harga bahan mentah.

Sempat menghubungi beberapa peniaga, ternyata mereka runsing apabila memikirkan kos yang bertambah dengan kenaikan harga bahan mentah.

Di Melaka, difahamkan harga ayam sembelih mencecah RM9 sekilo dan telur ayam gred C mencecah RM13 sepapan. 

Belum lagi bertanya kepada peniaga di lain-lain negeri yang mungkin mengalami kenaikan yang sama hingga memeningkan peniaga makanan dan rakyat yang makin mengira kepingan syiling di dalam poket.

Adakah perlu campur tangan Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob baru harga bahan mentah akan kembali stabil dan tidak menyusahkan rakyat?

“Saya datang untuk bersantai” – Najib Razak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker