SPRM tahan AJK persatuan penjaja terima rasuah RM27,000

SPRM tahan AJK persatuan penjaja terima rasuah RM27,000

SPRM tahan AJK persatuan penjaja terima rasuah RM27,000

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli jawatankuasa sebuah persatuan penjaja kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM27,000

Difahamkan, individu iti disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pemilik syarikat pembinaan sebagai dorongan membantu syarikatnya mendapatkan lesen sementara daripada pihak berkuasa tempatan.

Difahamkan, pemilik syarikat itu tetap dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa walaupun dikatakan sudah membayar sejumlah ratusan ribu kepada suspek.

Suspek lelaki itu juga dipercayai menerima wang suapan melalui beberapa pindahan wang ke akaun bank syarikat miliknya sekitar bulan Jun hingga Julai 2022.

BH dimaklumkan, suspek ditahan kira-kira jam 1.30 petang semalam ketika diminta hadir memberikan keterangan di SPRM Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Fauzi Husin, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun katanya suspek juga dibebaskan dengan jaminan SPRM.

SPRM tahan AJK persatuan penjaja terima rasuah RM27,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker