7 tahun PAS bersama DAP, Nik Abduh rasa malu

 

Sebaik-baik perjanjian politik yang termeterai sejak berpuluh tahun adalah di Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) yang membentuk Muafakat Nasional (MN).

Ia perjanjian yang diberkati Allah ‘dengan serta merta’ dengan kurniaan hujanan air mata rakyat di seluruh negara.

Ia menyatukan dua kumpulan besar umat Islam yang bertelagah sejak puluhan tahun. Ia meruntuh segala marak kemarahan dan dendam, lalu terbina di atasnya rahmat dan kasih sayang sesama umat.

Jika PAS boleh bertahan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) selama lebih 7 tahun demi bersama menentang ketidakadilan kerajaan BN masa itu, maka tidak malukah kita pada Allah, jika tidak mahu malu pada diri sendiri dan pada rakyat, dengan membiarkan api kepanasan terus mara dan marak sesama pemimpin yang pasti boleh menyebabkan MN runtuh dalam tempoh yang singkat?

Gembirakah kita untuk kembali menukarkan air mata kasih sayang dan kegembiraan kepada kebencian, dendam dan berburuk sangka sesama umat?

“Wahai orang-orang yang beriman, sempurnakan segala perjanjian kamu.” – al Quran.

Bukan diri saya namanya jika tidak bersedia memadamkan segala kebodohan ini – Nik Abduh Nik Aziz

Zahid, Tok Mad, Najib gandingan terbaik PRN Melaka

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker