DAP,PKR mula ‘berperang’ macam ayam berebut betina

Kekalahan besar Pakatan Harapan pada PRN Melaka membuka gelanggang DAP dan PKR ‘berperang’ umpama ayam jantan berebut ayam betina.

Dua parti dominan Pakatan Harapan mula saling salah-menyalahkan satu sama lain bila PKR langsung tidak memperolehi satu kerusi di DUN Melaka.

Memalukan sekali apabila AMANAH, parti kecil dalam gabungan PH berjaya mempertahankan Bukit Katil menewaskan pencabar lain.

 

 

PKR yang bertanding 11 kerusi, AMANAH 9 manakala DAP 8 namun demikian DAP hanya berjaya mempertahankan 4 kerusi.



Perang bermula apabila ADUN Bilut, Lee Chin Chen yang menggesa agar Anwar selaku Presiden PKR meletakkan jawatan Ketua Pembangkang sebagai mengambil tanggungjawab kekalahan PH di Melaka.

Lee turut menyarankan agar DAP menarik diri dari gabungan Pakatan Harapan sekiranya Anwar masih berdegil enggan melepaskan jawatannya.

MPN Pahang melihat saranan Lee sebagai satu kebiadapan serta angkuh kepada Presiden PKR.

MPN berpendapat hanya Majlis Presiden boleh menentukan kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi Pakatan Harapan.



Kecelaruan pemikiran dan perseteruan kalangan PH mula dikesan seawal pembahagian kerusi PRN Melaka namun masing-masing enggan mengakuinya.

Bak kata peribahasa – bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru – konflik antara DAP dan PKR dapat dihidu walau mereka menafikannya.

Dari sebuah gabungan yang mampu menggoyangkan kerajaan Melaka, kini PH ibarat melukut di tepi gantang tanpa mampu menggugat kerajaan baru.

Apa Shamsul buat masa jadi Timbalan Menteri?

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker