Kes babit Ebit Lew masih dalam siasatan

Ebit Lew

 

Siasatan melibatkan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau Ebit Irawan Ibrahim Lew tidak pernah ditutup pihak polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, tiada maklumat terkini berkaitan kes ini setakat ini.

“Ingin ditegaskan kes ini tidak pernah ditutup dan tidak pernah ada rujukan untuk NFA.

“Siasatan masih diteruskan dan pihak polis sentiasa mengalukan maklumat-maklumat bagi membantu siasatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada 1 Oktober lalu, Ebit Lew dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi diambil keterangan.

Beliau hadir bersama isterinya untuk disoal siasat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.

Ogos lalu Ebit Lew telah dipanggil untuk merakam keterangan percakapannya di Bukit Aman.

sinar

Leave a Reply