PPBM sudah tempah ‘batu nisan’ untuk PRU15

 

Benarkah kekalahan teruk Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM dalam PRN Melaka memberi gambaran parti tersebut sudah menempah ‘batu nisan’ menjelang PRU15?

Ramai pemerhati politik terkejut dengan kekalahan parti itu selepas melihat kempen PPBM sepanjang tempoh PRN berlangsung.

Dengan pelbagai poster dan sokongan dari Menteri PN yang turun saban hari membantu kempen agak mustahil PPBM kalah.

Namun demikian, momen paling mengejutkan ialah kekalahan Mas Ermieyatie di Tanjong Bidara.

 

 

Perlawanan ‘heavy weight’ Tg Bidara memang sengit dengan perbezaan majoriti 364, kekalahan Timbalan Menteri memberi gambaran PPBM tidak diterima rakyat.

Bagaimana seorang ahli parlimen yang mendokong aspirasi PPBM di peringkat tertinggi tewas kepada seorang ‘jaguh kampung’ yang tidak berjawatan di parlimen?

Agak menarik bila diperhatikan bagaimana kegagalan bantuan dari peringkat PN pusat turun membantu Mas Ermieyatie untuk menang.

 

 

Menyentuh soal poster dan bunting kempen, perlu diakui PPBM adalah juara seluruh pelusuk Melaka dengan penampilan wajah Presiden PPBM sendiri berserta slogan ‘Abah sayang Melaka’.

Ternyata itu belum boleh ‘membeli’ hati pengundi kerana stigma PPBM pernah bersama dalam Pakatan Harapan masih tersimpan dalam pemikiran rakyat.

Ditambah pemerintahan Muhyiddin yang hanya berjaya membawa kemakmuran perkataan ‘Lockdown’ telah banyak mengajar rakyat menilai kemampuan PPBM dalam mentadbir negara.

 

Sudah tiba masanya PPBM sedar mereka kini bukan lagi pilihan terbaik untuk rakyat.

Dengan kisah panas ada beberapa ahli parlimen PPBM akan menyertai sebuah parti baru, secara tidak langsung mendedahkan kelemahan sebenar PPBM.

DAP,PKR mula ‘berperang’ macam ayam berebut betina

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker