Alec Baldwin menegaskan tidak memetik picu pistol

 

Pelakon terkenal Hollywood, Alec Baldwin menegaskan bukan beliau memetik picu pistol yang telah melepaskan peluru hidup serta meragut nyawa kru penggambaran filem ‘Rust’.

Baldwin berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama ABC yang disiarkan pada Rabu.

“Picu pistol berkenaan tidak dipetik. Saya tidak memetik picu pistol itu.

“Saya tidak akan mengacu pistol kepada seseorang serta memetik picu pistol,” katanya dalam temubual pertama berkaitan kejadian pada 21 Oktober di New Mexico.

Pengarah Sinematografi Halyna Hutchins terkorban dalam kejadian tersebut manakala pengarah Joel Souza cedera.

Ketika ini masih tidak pasti jika pihak berkuasa akan mengklasifikasikan kes sebagai ‘tidak sengaja’.

Siasatan kini memberi fokus kepada bagaimana peluru hidup berada di set penggambaran.

Baldwin, yang terkenal dengan wataknya sebagai pegawai eksekutif saluran TV dalam siri komedi ’30 Rock’, mengamalkan sikap tidak menonjolkan diri sejak kejadian tembakan itu berlaku.

Dua kru penggambaran telah menfailkan saman sivil terhadap Baldwin serta penerbit dan beberapa individu lain.

awani

Leave a Reply