Lim Guan Eng akui projek TRX menguntungkan

Projek TRX

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui projek TRX merupakan satu projek yang menguntungkan.

Anggaran RM5 bilion daripada hutang RM32b 1MDB telah dibelanjakan untuk projek TRX.

Projek TRX ini yang di bawah 1MDB menjadi bahan kepada pelbagai fitnah sebelum PRU14.

Ahli Parlimen Pekan, Dato Sri Najib Razak mendedahkan pengakuan Guan Eng dalam entri terbaru facebook beliau.



Sebelum PRU14, syarikat seperti HSBC, CCCC, Prudential, Affin Bank dan banyak syarikat lain telah membeli tanah daripada 1MDB dan membina ibupejabat rantau mereka di tanah berkenaan.

Terdapat banyak lagi tanah kosong menanti untuk dibangunkan di TRX dan dimiliki oleh 1MDB.

Bagaimanapun, salah satu lot tanah itu dijual kepada Tabung Haji pada harga RM188.5 juta atau pada harga RM2,773 sekaki persegi.

anjutan dari pembelian Tabung Haji itu, pembeli lain telah membayar RM3,500 sekaki persegi, malah ada yang membayar lebih dari RM4,000 sekaki persegi.



Pada masa itu, Tabung Haji diserang bertalu-talu oleh PH dengan mendakwa 1MDB telah merompak Tabung Haji.

Tetapi apabila propaganda itu diulang-ulang tanpa henti serta membangkitkan emosi rakyat, sukar untuk kita memberitahu mereka logik ini.

Pemilikan saham dan pelabur TRX – BACA SINI

Sumber – Najib Razak

Suami Zeti terima 700 juta, Singapura pulang 65 juta, mana baki?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker