Penduduk Ulu Dong-Raub putus hubungan

 

Didoakan semoga dipermudahkan segala urusan buat penduduk di Mukim Ulu Dong, Raub yang terputus hubungan kerana jalan yang dibaiki sementara telah runtuh selepas dibawa arus deras akibat hujan lebat tidak berhenti sejak awal pagi tadi dan tidak selamat untuk digunakan.

 

 

Beberapa rumah juga dimasuki air namun masih ditahap selamat. Semoga semua jabatan dan agensi yang berkaitan dapat segera membantu menyelesaikan masalah terputus hubungan akibat jalan runtuh ini.

Semoga semua penduduk terus bersabar dan berdoa agar keadaan kembali pulih dengan segera dan bantuan-bantuan segera tiba.

Ada yang tidak dapat pulang ke rumah dan juga pulang dari sekolah.

Keadaan ini juga menggangu pelbagai urusan harian penduduk termasuk yang menjual hasil pertanian dan juga menjejaskan ekonomi kawasan ini yang terkenal sebagai pusat pelancongan.

Sumber – Abdul Basit

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker