Terimakasih kembalikan Melaka kepada BN

Selepas memenangi PRN Melaka dengan bergaya -21 kerusi, Ketua Menteri menyifatkan slogan  ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’ adalah faktor pengundi mengembalikan Melaka kepada BN.

Datuk Seri Utama Sulaiman Ali berkata demikian dalam temubual pasca PRN Melaka oleh krew MyTvOnline di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka.

Beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap barisan Exco Negeri yang telah dibentuk.

Mengambil kesempatan mengucapkan terimakasih kepada semua pengundi dan rakyat Melaka kerana memberi keyakinan untuk BN kembali mentadbir negeri dengan mandat yang lebih besar.

Sulaiman dalam pada itu yakin tidak akan berlaku lagi peristiwa lompat parti seperti sebelum ini berdasarkan mandat yang diberikan oleh rakyat Melaka.

Pilihan tepat Melaka pilih kerajaan yang stabil – Rauf

 

 

Leave a Reply