Menara radio dikebas pencuri

Oleh – Syeikh Baran


Menara radio dikebas pencuri
Menara setinggi 60 meter hilang dari bangunan tersebut. – Getty

Sebuah stesen radio di negeri Alabama terpaksa menunda siaran selepas sebuah menara telekomunikasi setinggi 60 meter dan beberapa peralatan lain dicuri dari bangunan mereka.  

Saluran berita NBC News melaporkan, kes kecurian itu terbongkar pagi tadi selepas stesen radio WJLX menghantar beberapa kru landskap untuk melakukan pemeriksaan.



Apabila salah seorang kru menghubungi pengurus besar stesen radio, Brett Elmore, beliau seakan tidak percaya mengenai kejadian tersebut. 

“Apa maksud kamu  menara itu hilang? Adakah kamu pasti pergi ke  tempat yang betul? Kru itu berkata, terdapat banyak wayar di atas tanah dan menara itu hilang,” kata Elmore.

Setiap peralatan dari bangunan itu dicuri manakala bangunan berhampiran turut dirosakkan. Elmore telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

“Tapak itu tidak diinsuranskan. Kami hanya stesen radio kecil, tetapi kami akan kembali bersiaran secepat mungkin,” kata Elmore. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button