KKM sahkan Omicron kini di Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia-KKM mendedahkan Covid-19 varian Omicron sudah dikesan di Malaysia.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan kes tersebut dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perkara ini disahkan semalam berdasarkan sampel pelajar luar negara yang masuk ke negara ini pada 19 November.