Resepi gulai kawah enak dan mudah

 

Cedok resepi gulai kawah enak dan mudah tapi ambo gulai dalam periuk jah..

Bahan-bahan:


 1/2 kg daging lembu tempatan + daging tetel
 10 biji bawang merah
 3 ulas bawang putih
 1 inci halia
  sesudu jus asam jawa
 1 cawan santan pekat
 2 biji kentang
 4 sudu besar rempah gulai kawah (boleh diganti dengan rempah kari daging)
 Rempah empat sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
 1/2 keping gula melaka
 Garam secukup rasa
 5 sudu besar minyak masak

Cara-cara:


1. Panaskan minyak masak di dalam periuk dengan api sederhana. Tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang hingga wangi.
3. Perlahankan api dan masukkan pes rempah gulai kawah. Kacau hingga rempah betul-betul garing dan pecah minyak.
4. Masukkan daging dan kacau sehingga daging kecut dan mesra dengan rempah.
5. Masukkan air, kuatkan api dan masak sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu.
6. Kemudian masukkan masukkan santan, kentang dan jus asam jawa. Masak sehingga menggelegak.
7. Kemudian kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula melaka. Biar mereneh sehingga kuah pecah minyak dan kentang empuk. Kacau sekali sekala untuk elakkan hangit.
8. Padamkan api dan angkat.

Kredit hani ibrahim

Leave a Reply