SPRM perlu jawap isu Zeti di Mahkamah

SPRM
Pengakuan Berkanun Tawfiq Ayman

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia-SPRM perlu menjawap isu berkaitan Zeti dan suami yang menerima wang 1MDB di Mahkamah. 

Dalam sidang media oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam Dato Sri Najib Razak berkata Dato Seri Azam Baki antara individu yang perlu disoal balas berkaitan kes SRC dan penglibatan Zeti bersama suami yang menerima wang dari Jho Low.

PENGAKUAN TAWFIQ AYMAN

Pada 13 Mac 2020, Tawfiq Ayman (suami Zeti) mengakui menerima sejumlah wang bersama ahli keluarga berjumlah lebih daripada RM100 juta dari Singapura melalui sebuah syarikat – Cutting Edge Industries Ltd.

Berdasarkan laporan, Tawfiq bersama dua anaknya menerima wang tersebut dari  Iron Rhapsody Ltd milik suami dan anak Zeti.

Semua ini diketahui oleh SPRM tetapi sehingga perkara tersebut didedahkan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas tiada tindakan diambil terhadap Zeti dan dalang sebalik semua dakwaan.

ZETI NAFI TERLIBAT 

Berikut adalah kenyataan Zeti Akhtar Aziz pada 31 Disember 2020 –

  • Sehubungan itu, Zeti berkata, beliau tidak boleh memberikan sebarang kenyataan lanjut kerana berpotensi untuk menjadi saksi dalam perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berlangsung.
  • “Isu-isu yang berkaitan dengan 1MDB telah disiasat secara menyeluruh dan teliti oleh pihak berkuasa yang berkenaan, iaitu Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • “Saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM dan SPRM dan memberikan semua maklumat yang diperlukan berkaitan dengan siasatan rasmi mengenai 1MDB dan mantan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
  • Sehubungan itu, Zeti berkata, beliau tidak boleh memberikan sebarang kenyataan lanjut kerana berpotensi untuk menjadi saksi dalam perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berlangsung.

Jelas sekali semua perkara berkaitan penglibatan Zeti berada dalam pengetahuan Azam Baki dan SPRM namun tiada sebarang tindakan dilakukan. 

Mengapa Zeti tidak dipanggil ke Mahkamah sebagai saksi? Ramai lagi saksi penting tidak dipanggil dan ini menimbulkan persoalan adakah ia memang satu bentuk konspirasi yang melibatkan ramai pihak?

Persoalannya mengapa pihak SPRM hanya berdiam diri selama ini? Tidakkah ini akan menimbulkan persepsi di fikiran rakyat bahawa ada pihak cuba melindungi satu pihak lain bagi ‘mengenakan’ Najib?

Tindakan Shafee Abdullah semalam membuka mata banyak pihak dan netizen turut menggesa agar Najib mendapat keadilan sebaik-baiknya di Mahkamah agar tidak teraniaya.

Tak adil selindung bukti dalam perbicaraan Najib – Zaid Ibrahim

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker