Armada PPBM tidak berani buat laporan polis atas Zeti?

Oleh – Bakhtiar Omar

Semalam Armada PPBM membuat laporan polis ke atas Datin Sri Rosmah Mansor di sebuah balai Polis. Lucu sekali mereka langsung tidak berani membuat laporan Polis terhadap Zeti Akhtar Aziz walau segala bukti baru didedahkan.

Mengapa?

Pertama sekali perlu diingatkan, Mahathir merupakan satu watak yang banyak mempengaruhi PPBM walau tidak lagi bersama.

Kedua, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan antara yang percaya cerita Zeti ketika kisah 1MDB mula panas.

SPRM
Pengakuan Berkanun Tawfiq Ayman

Ketiga, sekiranya laporan Polis dilakukan oleh Armada PPBM terhadap Zeti, bermakna mereka juga sebenarnya telah berjaya ‘dibodohkan’ dengan cerita Muhyiddin, Mahathir dan Zeti.

Keempat, mereka (Armada PPBM) hanya mencari publisiti bagi menutup malu dengan mensasarkan Rosmah seperti sebelum PRU14 bagi memburukkan BN dan UMNO selepas kegagalan di PRN Melaka.

Kelima, Armada masih gagal mencari jalan melemahkan pengaruh Pemuda UMNO terhadap anak muda yang kini semakin bijak menilai parti mana yang mampu menjamin sebuah kerajaan yang stabil dari sudut politik dan akan mempengaruhi perkembangan ekonomi negara.

Apakah Armada tidak punyai keberanian membuat laporan Polis terhadap suami Zeti yang dikatakan menerima sejumlah wang 1MDB?

Mengapa laporan Armada berpilih terhadap pihak lawan?

Tepuk dahi tanya akal.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker