Resepi Cencaru sumbat sambal Portugis

Resipi Cencaru sumbat Sambal Portugis

 



Ikan cencaru. Belah belakang bersih dan toskan.

Gaul garam kunyit dan ketepikan dulu.

Bahan2 sambal

Daun kesum racik2

Bunga kantan hiris nipis2

15biji Limau kasturi/cuit(perah amik air)

Gula

Garam

Secukup rasa

Aji (ikot masing2)

*1biji bawang besar

* 3 biji Bawang kecil

*3 biji Bawang putih

*Sedikit belacan

*1biji Tomato

*15 tangkai Cili kering direbus

*3 cili besar hijau

*10 cili api

Cara masak

Blend kasar2 semua bahan bertanda*

Tumis semua bahan diblend tadi dgn minyak sehingga naik bau dn pecah minyak.

Bila sambai dh masak,masukkan air asan limau kasturi, bunga kantan dan daun kesum.

Kacau sebati kemudian masukkn garam, gula, secukup rasa klo nk letak aji boleh jgk.

Kacau2 lg dan rasakan.

Bila dh pekat ttp api.

Dan masukkn dlm cencaru td belah belakang sumbat sambal td.

Goreng dgn garing.

Angkat dan boleh letak lg sambal tadi dan tuangkan minyak ikan goreng td.

Siap makan dengan nasi panas

Kalo na bakar boleh ikot cara2 masing2. 😊

Ikan apa2 boleh jgk ikot selera masing2😊

Sumber : Una Husna

Leave a Reply