Bukti baru, Tommy Thomas buat silap dakwa Najib?

 

Dengan bukti baru yang dikemukakan Tan Sri Shafee Abdullah dalam kes Najib, apakah Tommy Thomas memang buat silap mendakwa Najib?

Tommy yang disaman Najib sebanyak RM1,941,988 atas dakwaan salah guna kuasa telah memohon agar saman tersebut dibatalkan.

Thomas dan pegawai kanan undang-undang Ahmad Akram Gharib juga telah memfailkan afidavit sokongan.

Mahkamah menetapkan kes pada 19 Jan 2022 bagi membolehkan peguam Najib memfailkan dokumen balasan.

Najib turut mendakwa Thomas, yang menjadi Peguam Negara dari 4 Jun 2018 hingga 28 Feb 2020, melaksanakan tugasnya “selaras dengan perancangan” kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

NAJIB KEMUKA BUKTI BARU

Pembongkaran bukti baru oleh Shafee telah menimbulkan keresahan banyak pihak terutama mereka yang memang mahu mengenakan Najib.

Mengejutkan sekali apabila Tommy Thomas sendiri mengakui penglibatan Zeti Akhtar Aziz yang masih tidak diambil tindakan oleh SPRM.

KES ZETI – SPRM ‘TUTUP MATA’?

Jika meneliti kenyataan Thomas dalam satu video perbualan beliau, ternyata memang berlaku konspirasi tertinggi dalam usaha ‘mengenakan’ Najib dengan kes 1MDB.

SIAPA DALANG SEBENAR?

Ramai penyokong Najib dan rakyat percaya beliau telah dianiaya oleh satu pakatan konspirasi dan mereka mendoakan yang terbaik buatnya dalam rayuan di Mahkamah pada 8 Disember 2021.

Tak adil selindung bukti dalam perbicaraan Najib – Zaid Ibrahim

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker