Isteri Terlanjur Dengan Jiran Sehingga Mengandung Anak Luar Nikah
Oleh Farah
SETIA itu harta yang sangat bernilai dalam satu perkahwinan. Apabila hilang keikhlasan maka bala mula menimpa keluarga tersebut. Remuk hati seorang suami mengetahui isteri tersayang curang dengan jirannya sendiri. Lebih menyedihkan apabila si suami nekad membuat ujian DNA anaknya untuk mengetahui sama ada si anak adalah anak kandung atau tidak.
Kisah bermula apabila pasangan berkenaan terpaksa tinggal berjauhan susulan pandemik Covid-19 yang menyebabkan mereka tidak dapat berjumpa. Dia bersama isterinya telah mendirikan rumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Alangkah terkejutnya apabila si suami mendapat tahu yang isterinya melakukan hubungan sulit dengan jirannya. Perkara berkenaan terbongkar apabila isteri jirannya memberi amaran kepada ibu saudara si suami untuk tidak menganggu suaminya lagi.
Lelaki berkenaan kemudiannya membuat laporan polis mengenai kecurangan isterinya dan kes berkenaan dibawa ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya. Akhirnya si isteri mengaku yang dia mempunyai hubungan sulit dengan jiran tersebut.
Walau bagaimanapun, si suami mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA untuk mengetahui status anak kedua serta anak bongsunya sama ada mereka adalah anak kandung atau tidak.
Namun, wanita berkenaan mengatakan bahawa suaminya sudah lama tidak pulang ke kampung halaman untuk menjenguk isteri dan anak-anaknya. Malah dia menuduh suaminya mengabaikan keluarga sehingga mereka tidak merasa kasih sayang lagi.
Ujar wanita itu lagi, dia mendakwa yang suaminya dilihat penat serta tertekan apabila balik ke rumah dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah.
Dalam pada itu, hasil ujian DNA mendapati bahawa anak bongsunya merupakan anak kandung tapi malangnya dia bukan ayah kandung kepada anak keduanya. Walaupun perit untuk ditelan, namun si suami membuat keputusan untuk bercerai dengan isterinya.