Armada Laut Iran Kini Memasuki Laut Merah

Armada Laut Iran Kini Memasuki Laut Merah
Kapal Alborz kini berada di Laut Merah

Armada Laut Iran Kini Memasuki Laut Merah

Kapal perang Alborz milik Iran dilaporkan memasuki Laut Merah melalui selat Bab al-Mandeb yang strategik.

Iran mengerahkan kapal perang itu ketika ketegangan semakin memuncak di laluan air yang penting di peringkat global.

Agensi berita Tasnim melaporkan, kapal pemusnah Alborz sudah memasuki Laut Merah melalui laluan air Bab al-Mandeb di hujung selatan Laut Merah, menghubungkan Teluk Aden di Lautan Hindi.

Kapal armada tentera laut Iran beroperasi di kawasan itu untuk beberapa tujuan.

Antaranya menjaga laluan perkapalan dan menghalau lanun sejak tahun 2009.

Disember lepas, Amerika menubuhkan pasukan petugas tentera laut gabungan 10 negara untuk menamatkan serangan kumpulan Houthi ke atas kapal komersial yang transit di Laut Merah.

Susulan serangan itu, beberapa syarikat perkapalan bertindak menangguhkan operasi pelayaran melalui perairan itu.

Britain, Perancis, Bahrain dan Itali antara negara yang menyertai inisiatif keselamatan multinasional itu.

Kumpulan Houthi sebelum ini mendakwa melakukan serangan itu bagi mempamer solidariti mereka kepada penduduk Palestin.

Laporan berita Tasnim itu disiarkan sehari selepas helikopter tentera laut AS menembak kumpulan Houthi.

Kumpulan Houthi dikatakan cuba merampas kapal kargo di perairan Yaman sehingga 10 anggota kumpulan itu terbunuh akibat serangan Amerika.

Ia juga disiarkan selepas komander tertinggi pengawal revolusi Iran di Syria, Sayyed Razi Mousavi terbunuh dalam serangan udara Israel di luar Damsyik minggu lalu.

Armada Laut Iran Kini Memasuki Laut Merah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker