Keputusan kes Zahid 24 Januari

 

Keputusan sama ada Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi, akan diketahui pada 24 Jan ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di akhir kes pendakwaan.

Hakim juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pendakwaan dan pembelaan atas hujahan lisan mereka.

“Terima kasih atas hujahan anda. Keputusan saya pada 24 Jan,” katanya selepas mendengar hujahan selama 24 hari bermula 6 Sept 2021.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran manakala pembelaan terdiri daripada peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh.

fmt



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button