Lesen arak untuk kedai kopi selaras piawaian global

Lesen arak untuk kedai kopi selaras piawaian global

 

Kementerian Kewangan mempertahankan penguatkuasaan lesen arak di kedai kopi yang menjual bir sebagai “selaras dengan piawaian global”.

Menjawab soalan tambahan Nga Alor Ming (PH-Teluk Intan) di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah berkata langkah itu bukan unik buat negara.

“Ini bukan sahaja amalan di Malaysia, tetapi ia juga amalan negara sekitar kita (jiran) dan antarabangsa,” katanya.

“Kita mematuhi konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengawal kenaikan harga ini.”

Terdahulu, Nga bertanya kepada kementerian itu mengenai rasional menguatkuasakan perniagaan untuk mendapatkan lesen menjual bir ketika kedai kopi masih bergelut untuk pulih daripada kesan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

“Mulai bulan depan, Jabatan Kastam nak laksanakan peraturan la dasar baru, semua kedai kopi yang jual bir kena memohon lesen asing. Jadi, satu kedai kopi nak bayar berapa lesen?” soalnya.

Beliau berkata, setiap satu lesen berharga RM1,340, bermakna kos tambahan akan dikenakan kepada pelanggan dan menambah lagi isu kenaikan harga barang.

“Kita ada jawatankuasa pemudah tapi buat apa ada lagi birokrasi yang berlebihan yang akhirnya rakyat akan menerima padah,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan mulai tahun depan, kedai kopi dan restoran mesti memohon lesen arak jika mereka mahu meneruskan penjualan bir.

fmt

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker