Pelakon muda dieksploitasi untuk siri drama unsur gay?

 

Seorang pelakon muda dieksploitasi untuk sebuah siri drama berunsurkan kehidupan gay mengikut pendapat seorang netizen.

Menurut Akhi Fairuz Al-Jengkawi pelakon bernama Danish Iskandar berusia 17 tahun dan telah menerima tawaran melakonkan satu watak dalam filem Stay Away From Me.

Bagaimanapun pelakon tersebut menafikan kecendeungan seks sesama jenis apabila di tanya wartawan hiburan sebuah akhbar tempatan.

Menurut Akhi siri tersebut hanya ditayangkan menerusi aplikasi tertentu yang perlu dilanggan. Akhi juga menulis, dalam Undang-Undang Malaysia, pelakon tersebut masih dalam kategori kanak-kanak (definisi kanak-kanak, Seksyen 2, Akta kanak-kanak).



Perbuatan pengarah, penerbit dan krew penerbitan melanggar Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 (pornografi dan pengantunan seksual).

Jika benar siri drama ini mempromosi kehidupan seks songsang maka pihak berwajib perlu mengambil tindakan tegas.

Menteri Wanita, Menteri Agama serta JAKIM perlu memandang serius perkara ini kerana bertentangan dengan norma kehidupan normal.

Carian semula naik muat trailer drama berkenaan telah ditukarkan menjadi tontonan persendirian.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker